Ibu bapa didakwa jika penunggang basikal lajak sebabkan kemalangan, kata menteri


Chan Kok Leong

Kerajaan meminda akta pangangkutan yang membolehkan ibu bapa atau penjaga penunggang basikal diubah suai didakwa jika ia menyebabkan kemalangan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2020.

IBU bapa dan penjaga kanak-kanak di bawah umur yang menyebabkan kemalangan dengan memandu secara cuai basikal diubah suai atau basikal lajak, akan didakwa, kata Dr Wee Ka Siong.

“Kami akan mendakwa ibu bapa atau penjaga kerana penunggangnya di bawah umur. Ibu bapa harus lebih waspada dalam memastikan anak mereka tidak keluar sehingga jam 2 hingga 3 pagi, ”kata menteri pengangkutan di Parlimen hari ini.

“Dan jika mereka berusia melebihi 21 tahun, kami akan mendakwa mereka,” kata ahli Parlimen Ayer Hitam itu selepas memberi taklimat media mengenai cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan Raya di Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan itu, bertujuan mengatasi pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah, serta memandu secara cuai, termasuk pindaan menambah hukuman lebih berat kepada mereka yang menyebabkan kemalangan oleh basikal atau basikal elektrik.

Pindaan yang dicadangkan bertujuan mengenakan denda lebih tinggi kepada mereka yang ditangkap memandu secara cuai di bawah pengaruh kepada RM1,000 hingga RM5,000 dan hukuman penjara mandatori tidak melebihi 12 bulan.

Bagi yang ditangkap membawa basikal secara cuai, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM1,000.

Di bawah undang-undang yang ada sekarang, mereka yang disabitkan kerana menyebabkan kemalangan di bawah pengaruh dikenakan denda hanya RM300 tanpa hukuman penjara mandatori sementara sabitan berikutnya akan dikenakan denda RM1,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 bulan.

Pada 2018, dua remaja terbunuh sementara dua yang lain cedera selepas mereka dirempuh pemandu di Johor kerana memandu secara cuai.

Lapan penunggang basikal remaja yang lain turut terbunuh dalam kemalangan lain pada jam 3 pagi di Johor Baru pada 18 Februari 2017.

Pemandu berkenaan, Sam Ke Ting, dibebaskan tahun lalu tanpa dipanggil membela diri.

Majistret Siti Hajar Ali berkata beliau mengambil kira kawasan berbukit dan jalan yang gelap serta bagaimana pemandu tidak dapat menjangka sekumpulan penunggang basikal berkumpul di sana pada jam 3 pagi. – 27 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen