Genting Malaysia bakal hentikan 3,000 pekerja, menurut laporan 


Menurut laporan media, proses pemberhentian kakitangan Genting Malaysia Bhd sudah pun bermula.– Gambar EPA, 17 Jun, 2020.

GENTING Malaysia Bhd akan memberhentikan 3,000 pekerja, lapor Bloomberg.

Laporan yang memetik sumber terdekat dengan perkara itu menyebut, proses pemberhentian kerja sudah bermula.

Kumpulan kasino dan hospitaliti itu menawarkan potongan gaji pada awal tahun ini sebagai sebahagian daripada proses pemotongan gaji secara besar-besaran  pertama sejak ia ditubuhkan pada 1965.

Genting memiliki lebih 20,000 kakitangan pada 2019.

Syarikat di bawah Kumpulan Genting itu turut menawarkan potongan gaji sementara terhadap kakitangan berdasarkan jawatan.

Genting Hong Kong Ltd turut mencadangkan pemotongan gaji sehingga 50% terhadap eksekutif yang memegang jawatan naib presiden ke atas.

Ketua pegawai eksekutifnya Tan Kong Han sebelum ini berkata, kumpulan itu cuba mengelakkan pemotongan gaji walaupun ia merupakan salah satu daripada komponen kos terbesar. – 17 Jun, 2020.


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen