SIASATAN menyeluruh perlu terus dijalankan untuk menentukan apakah peranan Dr Mahathir Mohamad dalam kerugian urusniaga matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990 an, kata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini.
Walaupun bekas perdana menteri itu sudah memberikan keterangan, panel dalam laporan RCI yang dibentangkan di Parlimen hari ini mengatakan Dr Mahathir mungkin mempunyai lebih banyak maklumat daripada apa yang diberitahu beliau.
“Kesimpulan beliau mungkin tahu tentang kerugian sebenar bukanlah tanpa merit,” kata RCI berhubung peranan Dr Mahathir dalam urus niaga itu.
“Walaupun beliau menafikan, suruhanjaya berpendapat siasatan menyeluruh perlu dijalankan bagi menentukan tahap penglibatan (Dr Mahathir) dalam perkara itu.”
Buku laporan bertajuk “Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990 an” dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Laporan RCI hari ini juga berkata, BNM mengalami kerugian RM31.5 bilion dalam urusniaga pada 1992 hingga 1994 itu.
Laporan itu juga berkata, bekas penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop bertanggungjawab terhadap kerugian urusniaga itu.
Manakala RCI turut mencadangkan, polis menyiasat Dr Mahathir, bekas menteri kewangan Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.
Dr Mahathir merupakan antara saksi yang dipanggil RCI.
Selain itu, RCI turut memanggil:
Aziz@Abdul Aziz Abdul Manaf, Ahmad Hazzad Baharuddin, Abdul Murad Khalid, Wong Yew Sen, Essah Yusoff, Fizaman Noor Mohammed Nasir, P Kanason Pothinker, Saleha Lajim, Ishak Ismail, Khaw Lay Kuan, Lee Siew Kuan, Dr Lin See Yan, Mohd Sheriff Mohd Kassim, Clifford Francis Herbert, Anum Mohd Saaid, Dr Zeti Akhtar Aziz, Nor Mohamed Yakcop, Azman Mat Ali, Dr Hadenan A Jalil, Ahmad Mohd Don, Anwar Ibrahim, Othman Jusoh, Daim Zainuddin dan Rizal Ishak. – 30 November, 2017.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh 黑白最初的颜色 王 · Ulasan
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh David michi · Ulasan
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh David michi · Ulasan