KEMENTERIAN Kesihatan akan membenarkan rumah ibadat menambah jumlah jemaah jika mereka mengikut semua garis panduan kesihatan yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kerajaan sudah pun membenarkan rumah ibadat dibuka secara berperingkat.
“Kita aka mula dengan skala kecil dan untuk tempoh itu, kita akan menambah jumlahnya.
“Kita akan terus memantau pelaksanaan SOP. Jika berpuas hati dengan pelaksanaannya, kita akan tingkatkan (jumlah) dari semasa ke semasa.
“Buat masa ini hanya 30 orang dibenarkan,” katanya pada sidang media harian kementerian di Putrajaya hari ini.
Terdahulu hari ini Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata Putrajaya membenarkan 174 rumah ibadat bukan Islam dibuka di zon hijau pada 10 Jun tetapi di bawah SOP yang ketat.
Zon hijau adalah kawasan tanpa jangkitan Covid-19.
Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat selepas berunding dengan Menteri Perpaduan Nasional Halimah Mohamed dan pemimpin dari semua agama.
Berkenaan warga asing yang tidak dibenarkan memasuki rumah ibadat, Noor Hisham berkata keutamaan diberikan kepada rakyat Malaysia. – 21 Mei, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen