Jangan ancam tapi berunding dengan 8 negeri, kata Anwar kepada Azmin


Chan Kok Leong

MENTERI Kanan Mohamed Azmin Ali perlu berunding dengan negeri-negeri yang menolak perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan bukannya menyuruh syarikat mengenakan saman terhadap kerajaan negeri, kata Anwar Ibrahim.

“Kerajaan negeri mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan seperti kuasa ke atas majlis tempatan dan lain-lain.

“Kenapa mereka tidak berbincang dari menggunakan ancaman untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri?,” kata presiden PKR itu dalam sesi siaran langsung di Facebook hari ini.

Tambahnya Azmin bertindak seperti Presiden AS Donald Trump yang juga mengugut mereka yang tidak mahu membuka semula ekonomi minggu lalu.

Anwar mengulas kenyataan Azmin semalam berikutan keputusan lapan negeri yang menolak keputusan kerajaan persekutuan untuk membuka semula semua sektor ekonomi pada 4 Mei. – 5 Mei, 2020.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata kerajaan negeri tidak berhak menolak langkah kerajaan persekutuan dan harus mengikut langkah berkenaan.

Sabah, Sarawak Pahang, Kelantan, Penang, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan masih belum membenarkan industri ekonomi dibuka.

Sabah berkata mereka tidak akan melaksanakan PKPB dan akan meneruskan PKP sehingga 12 Mei sementara negeri lain akan mempertimbangkan atau membenarkan perniagaan dibuka semula dengan peraturan lebih ketat.

Anwar berkata kritikan itu bukan hanya daripada pembangkang.

“Ahli Parlimen kerajaan juga mengecam tindakan itu kerana dasarnya tidak sesuai dan tidak jelas. Membuka semula ekonomi tidak boleh sehingga menggadaikan nyawa rakyat,” katanya. – 5 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen