PENGURUSAN Kenanga Wholesale City (KWC) hari ini berkata gambar tular orang ramai beratur di luar pusat membeli-belah itu merupakan pekerja yang bekerja di sana.
Wendy Lam, penolong pengurus iklan dan promosi KWC berkata pekerja beratur panjang kerana pihak pengurusan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Mereka adalah pekerja di dalam pusat beli belah. Barisan panjang kerana kami mengambil suhu dan maklumat penting mereka. Kami harus mengambil maklumat setiap seorang.
“Kami hanya mematuhi prosedur ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Gambar orang ramai beratur di luar pusat membeli-belah KWC mula tersebar di media sosial hari ini.
Polis juga dilihat di tempat kejadian.
Lam berkata pihak pengurusan sudah menjelaskan kepada polis keadaan sebenar.
Beliau berkata kakitangan mula berkumpul seawal jam 9 pagi dan mereka selesai mengambil keseluruhan maklumat peribadi pekerja pada jam 12 tengah hari
Tambahnya, dalam barisan yang panjang praktik yang sama dilaksanakan untuk pelanggan bagi memastikan keselamatan kedua-dua pelanggan dan pekerja. – 4 Mei, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen