KKM berpuas hati dengan perkembangan saringan Covid-19 di kawasan PKPD


Chan Kok Leong

Sebanyak empat lagi kes baharu dikesan di Simpang Renggam, Johor yang terletak berhampiran Kluang, Johor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 April, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan berpuas hati dengan perkembangan saringan Covid-19 di Simpang Renggam selepas penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan yang dipertingkatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan itu dua minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat lagi kes baharu dikesan di kawasan itu yang terletak berhampiran Kluang, Johor.

Kes baharu itu membawa kepada jumlah jangkitan di kawasan berkenaan sebanyak 174 kes.

“PKPD di Kluang memberangsangkan dan mencapai sasarannya selama dua minggu yang lalu. Ini perkembangan positif,” katanya.

Simpang Renggam merupakan kawasan pertama di negara ini yang melaksanakan sekatan pergerakan yang lebih ketat. PKPD di kawasan itu dijadualkan berakhir esok.

Namun Noor Hisham tidak mengatakan sama ada PKPD di Simpang Renggam akan disambung selepas ia berakhir esok.

Di Bandar Baru Ibrahim Majid, Kluang terdapat 137 kes dengan peningkatan sebanyak empat kes.

Sebanyak 151 kes positif di Ulu Benut diikuti oleh Kluang (18), Machap (4) dan Nyior (1). – 8 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen