Putrajaya umum pakej tambahan RM10 bilion untuk PKS


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pakej tambahan itu bertujuan menyelamatkan dua pertiga daripada jumlah pekerjaan Malaysia bawah PKS yang menyumbang 40% kepada ekonomi negara.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 April, 2020.

PUTRAJAYA mengumumkan pakej tambahan berjumlah RM10 bilion bagi membantu pengusaha kecil dan sederhana (PKS) menghadapi kemelesetan ekonomi kes wabak Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan, peruntukan itu meliputi subsidi upah tambah sebanyak RM7.9 bilion dan geran khas berjumlah RM2.1 bilion bagi syarikat PKS mikro yang layak.

Katanya, ia bertujuan menyelamatkan dua pertiga daripada jumlah pekerjaan Malaysia bawah PKS yang menyumbang 40% kepada ekonomi negara.

“Saya sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada pekerjaan di negara ini dan hampir 40% kepada ekonomi.

“Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini,” katanya.

Ini merupakan tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion yag diumumkan pada 27 Mac.

Muhyiddin berkata, beliau menerima maklum balas dripada persatuan PKS, dewan perniagaan dan organisasi mikro, yang mahu kerajaan menyemak semula langkah yang diumumkan pada pakej pertama.

Ini termasuk Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Usahanita dan banyak lagi.

Menurutnya, kumpulan ini menyatakan perniagaan mereka terjejas dan mereka memerlukan bantuan tambahan.

Antara masalah yang dihadapi adalah masalah aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan kawalan pergerakan dan isu birokrasi dan pentadbiran yang menghalang akses segera kepada bantuan yang disediakan kerajaan di bawah pakej Prihatin.

Inisiatif yang diumumkan ini termasuk peruntukan sebanyak RM7.9 bilion untuk subsidi upah menjadikan jumlah keseluruhan RM13.8 bilion. – 6 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen