Hampir 60% penjawat awam kini boleh beli rumah, kata Cuepacs


Sheridan Mahavera

Terdapat 60% penjawat awam yang menerima gaji kurang RM4,000 sebulan, kata Presiden Cuepacs Azih Muda, menambah yang tindakan terbaru itu akan membantu lebih ramai penjawat awam layak untuk mendapat pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2017.

HAMPIR 60% daripada 1.6 juta penjawat awam dijangka menerima faedah daripada tindakan terbaru mengurangkan tanda aras gaji bagi mendapat pinjaman perumahan, kata kesatuan sekerja penjawat awam, Cuepas.

Terdapat 60% penjawat awam yang menerima gaji kurang RM4,000 sebulan, kata Presiden Cuepacs Azih Muda, menambah yang tindakan terbaru itu akan membantu lebih ramai penjawat awam layak untuk mendapat pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Ini akan meningkatkan jumlah pemilik rumah dalam kalangan penjawat awam gred rendah yang masih bergelut untuk membeli rumah menerusi skim Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Azih.

“Ini adalah peluang untuk penjawat awam dan saya harap mereka ambil. Kita sudah lama minta kerajaan merendahkan kelayakan (pinjaman perumahan),” kata Azih kepada The Malaysian Insight.

Syarat lama kerajaan sebelum ini bermakna penjawat awam tidak boleh mendapat pinjaman dengan bayaran semula melebihi 60% gaji mereka.

Azih berkata tindakan itu bagi memastikan penjawat awam mempunyai 40% gaji bersih selepas menolak semua bayaran pinjaman bulanan.

Usaha terbaru itu yang akan menghapuskan 60% takat gaji diumumkan semalam oleh Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa.

Walaupun kerajaan sudah memperuntukkan hampir RM2.2 bilion dalam Bajet 2018 untuk PPA1M dan Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), penjawat awam gred rendah masih berdepan masalah memilikinya, kata Azih.

“Unit PPA1M adalah antara RM180,000 sehingga RM300,000. Hampir 46% mereka yang memohon pinjaman dari LPPSA ditolak disebabkan takat gaji lama itu.”

Azih berkata beliau tidak bimbang perubahan takat gaji untuk meminjam ini menyukarkan kehidupan penjawat awam dan keluarga mereka dalam menguruskan belanja bulanan.

Ini disebabkan mereka yang meminjam lebih daripada 60% daripada pecahan gaji mereka masih mempunyai gaji dalam lingkungan 40%.

“Walaupun sebelum arahan ini dikeluarkan mereka sudah berbelanja lebih daripada 60% gaji mereka untuk benda lain. Mungkin dengan pinjaman perumahan, mereka akan lebih berjimat dengan duit mereka.” – 16 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Berita Baik kepada semua orang, di sini untuk berkongsi kesaksian mengenai bagaimana saya mendapat pinjaman saya. Baik saya mendapat pinjaman saya minggu lepas dari sebuah syarikat yang terkenal dan setia dan sanggup membantu mana-mana badan. Pada mulanya saya tidak pernah mempercayai syarikat itu dan saya katakan saya harus mengikuti mereka melihat bagaimana ia akan berfungsi, saya terus mengikuti mereka langkah demi langkah setiap perkara menjadi menarik dan baik jadi saya meminta pinjaman dan mereka memberikannya itu seperti mimpi tetapi saya menjadi yakin dan terkejut pada masa yang sama apabila saya mendapat publisiti bank saya. hubungi mereka melalui E -MAIL dragonfinancialboostloans @ gmail .com atau whatsapp + 27621430892 jika anda mahu pinjaman juga ..



    i became convinced and surprised at same time when i got my bank alert. contact them via E -MAIL dragonfinancialboostloans @ gmail .com or whatsapp + 27621430892 if you want a loan too..

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Becky morgan · Ulasan