Syarikat dalam perbicaraan Rosmah berdepan petisyen penggulungan 


Desmond Davidson

Syarikat yang terlibat dalam perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor, Jepak Holdings, berdepan petisyen penggulungan berhubung hutang bernilai RM6 juta. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 Mac, 2020.

SYARIKAT yang terlibat dalam perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor, Jepak Holdings, berdepan petisyen penggulungan berhubung hutang bernilai RM6 juta.

Syarikat BHJ Enterprise Sdn Bhd yang berpangkalan di Taman Desa Senadin, Miri, memfailkan petisyen berkenaan terhadap Jepak Holdings bagi mendapatkan semula wang berkenaan pada 17 Januari.

Firma guaman yang mewakili BHJ, Messers Chan Khoon Moh Advocates berkata, hutang itu melibatkan kontrak bekalan diesel selama dua tahun bernilai RM5 juta berserta faedah dan kos lain.

Kontrak daripada 2017 hingga 2019 itu, adalah untuk membekalkan diesel yang diperlukan Jepak Holdings di Bintulu bagi memenuhi kontrak kementerian pendidikan untuk membekal bahan api jenerator untuk sekolah kawasan luar bandar di Sarawak.

Petisyen itu akan didengar hakim mahkamah tinggi Miri Dean Wayne Daly pada 13 April.

Petisyen BHJ meminta syarikat itu digulung oleh mahkamah di bawah peruntukan Akta Syarikat 2016; bahawa Penerima Rasmi Malaysia dilantik sebagai pelikuidasi sementara syarikat dan kos petisyen itu.

Bekas perdana menteri Najib Razak yang merupakan suami Rosmah, dikatakan telah menganugerahkan projek bernilai RM1.25 bilion kepada Jepak untuk memasang kemudahan tenaga solar hibrid kepada 369 sekolah di pedalaman Sarawak. – 10 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen