Pembantu mengajar, banyak makmal pulihkan minat pelajar terhadap sains


Sheridan Mahavera

Ramesh Pillai yang mengendalikan STEM4All Makerspace berkata mengajar sains dan matematik tambahan amat mencabar, dan jika guru tidak cekap, murid mudah hilang minat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 17 Februari, 2020.

PEMBANTU guru sains dan menghidupkan semula makmal antara beberapa cara yang perlu diterokai menteri pendidikan untuk merangsang minat dalam sains dan matematik di kalangan pelajar sekolah.

Pentadbiran juga perlu meningkatkan jumlah guru sains dan matematik yang kompeten untuk menghentikan penurunan minat pelajar di seluruh negara untuk mengambil mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Pendidik dan ahli akademik turut berkata kesedaran lebih tinggi mengenai faedah STEM dan pendidikan berasaskan TVET perlu dipromosikan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar supaya mereka melihat masa depan yang terjamin dalam aliran ini.

Cadanganini disuarakan ketika pentadbiran kerajaan mahu mengurangkan penurunan jumlah pelajar yang mengikuti aliran sains, berjumlah kira-kira 6,000 pelajar setiap tahun.

Kemerosotan itu berlaku walaupun banyak sumber dan usaha dilaksanakan oleh bekas pemerintah Barisan Nasional sejak 30 tahun lalu untuk mencapai nisbah pelajar sains sebanyak 60:40 berbanding pelajar aliran sastera di sekolah.

“Kebanyakan peningkatan yang boleh kita lakukan adalah mengenai sumber manusia dan modal insan. Seperti meningkatkan kecekapan guru dan membantu mereka menyampaikan pelajaran dengan lebih baik di dalam kelas,” kata pendidik STEM, Ramesh Pillai.

“Ini kerana guru boleh membentuk atau memecahkan seorang pelajar. Sekiranya mereka tidak mengajar mata pelajaran dengan baik, tiada sesiapa di dalam kelas yang akan berminat mempelajarinya,” kata Ramesh yang menjalankan pusat pembelajaran STEM, STEM4All Makerspace.

Ramesh memberitahu The Malaysian Insight bahawa ini bukan soal dana, kerana pentadbiran terdahulu menghabiskan ratusan juta untuk menggalakkan STEM di sekolah.

Misalnya pada 2017, kerajaan memperuntukkan RM570 juta untuk membaiki 120 sekolah daif dan menaik taraf 1,800 makmal sains, menurut Laporan Sains Outlook 2017 yang diterbitkan oleh Akademi Sains Malaysia.

“Wang itu ada tetapi jika anda tidak membelanjakannya dengan betul, di tempat yang betul, maka ia akan menjadi sia-sia.”  – 17 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.
  



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen