TAHUN ini, Malaysia sepatutnya memiliki sejuta orang saintis, penyelidik dan juruteknik menurut Akademi Sains Malaysia (ASM).
Realitinya, menurut bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik sasaran itu tidak dapat dipenuhi kerana sejak 2012, bilangan pelajar sekolah yang mengambil subjek sains menurun kira-kira 6,000 orang setahun.
Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan pengganti Maszlee, Dr Mahathir Mohamad mahu menghentikan penurunan ini dan meningkatkan nisbah pelajar sains berbanding pelajar sastera dengan 60:40.
Sasaran tersebut bukan asing kata para pendidik, bekas guru dan ahli akademik yang ditemubual oleh The Malaysian Insight kerana pentadbiran Barisan Nasional (BN) menggunakan sumber dan berusaha untuk mencapai nisbah tersebut.
“Walaupun terdapat usaha untuk mempromosikan kajian sains dan teknologi, hanya 29% pelajar memasuki Tingkatan 4 memilih untuk belajar sains, dan hanya 40% dari mereka yang memasuki pendidikan tinggi memilih sains dan kursus yang berkaitan,” kata ASM dalam laporan Science Outlook 2015 .
Untuk PH melakukannya lebih baik berbanding BN, ia perlu menyedari bahawa dasar yang bagus diabaikan.
Salah satu sebabnya ialah pentadbir sekolah dan pegawai pendidikan daerah lebih berminat untuk menaikkan gred peperiksaan, kata seorang bekas guru dari Selangor.
“Pelajar yang gred tidak bagus disarankan untuk masuk ke aliran sains atau mengambil subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kerana jika mereka gagal mereka akan menurunkan gred keseluruhan untuk sekolah,” kata guru yang tidak mahu dikenali.
ASM berpendapat pertukaran dasar secara tergesa-gesa juga mempengaruhi prestasi pelajar dan tahap minat mereka.
“Apabila bahasa pengajaran sains dan matematik di sekolah diubah daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris pada tahun 2003, prestasi pelajar Malaysia dalam kedua-dua subjek ini jatuh dalam penilaian antarabangsa dan tempatan.”
ASM juga berpendapat cara mengajar mata pelajaran STEM di sekolah membuat ia kelihatan tidak relevan atau tidak praktikal untuk kehidupan seharian.
“Kita dapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak menyumbang kepada pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi atau kemahiran berfikir kritikal dan analitik, sehingga gagal
menyemai proses sains dan kemahiran manipulatif,” kata ASM.
“Ini juga bermakna tidak adanya interaksi di luar kelas, tanpa nilai praktikal atau penerapan teori yang diajar.”
Selain itu, harapan ibu bapa terhadap prestasi sekolah anak mereka dan prospek kerjaya berasaskan sains juga kini berubah, kata pendidik STEM Ramesh Pillai.
“Ibu bapa memberitahu anak mereka bahawa jika subjek tertentu terlalu sukar maka lebih baik untuk tidak mengambil subjek berkenaan,” kata Ramesh Pillai yang menjalankan pusat promosi STEM bukan keuntungan yang dikenali sebagai STEM4ALL Makerspace.
“Tetapi adakah ini sikap yang betul? Kerana akal fikiran anda semakin tajam jika anda mengasahnya dan STEM mengajar anda untuk analitikal dan menyelesaikan masalah.” – 17 Februari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen