KAEDAH baru untuk mengukur kadar kemiskinan dan kos sara hidup adalah antara beberapa metrik baru yang akan diperkenalkan dalam Kajian Pendapatan Isi Rumah pada April.
Menurut Pengarah Jabatan Perangkaan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kaedah baharu ini akan memberi gambaran lebih tepat tahap kekurangan di negara ini bagi membantu penggubal dasar menyalurkan bantuan dengan lebih berkesan.
Kajian Pendapatan Isi Rumah 2019 juga mempunyai butiran kadar kemiskinan di setiap daerah di negara ini dan butiran jurang pendaoatan antara kumpulan isi rumah B40 dan M40, kata Uzir kepada The Malaysian Insight.
Indeks kos sara hidup baharu, berdasarkan gaji dan kos makanan dan produk isi rumah di kawasan berlainan di negara ini diharap akan membantu pekerja mendapatkan gaji lebih tinggi daripada majikan mereka, kata Uzir.
Tambahnya, kaedah baharu itu diharapkan dapat mengatasi beberapa kritikan yang dihadapi Malaysia mengenai bagaimana ia mengukur kadar kemiskinan.
“Kami juga akan memperbaiki kumpulan yang berbeza dalam kumpulan M40 misalnya untuk menunjukkan siapa di antara mereka yang lebih terdedah, supaya lebih banyak dasar disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya selepas ceramah yang dianjurkan Institut Masa Depan Malaysia (Institut Masa).
“Jadi kali ini kita bukan hanya akan memasukkan pendapatan garis kemiskinan tetapi pengukuran kemiskinan relatif dan kemiskinan pelbagai dimensi,” katanya.
“Kami juga akan menunjukkan tahap kemiskinan di peringkat daerah supaya orang dapat mengaitkannya dengan data kerana jika orang-orang di peringkat kebangsaan tidak boleh benar-benar melihat dan mengaitkannya.”

Malaysia dikritik kerana menggunakan ukuran kemiskinan yang lebih relevan untuk tahap pembangunan pada tahun 1970-an.
Utusan khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Profesor Philip Alston berkata sarjana asing dan tempatan yang mengkaji kemiskinan Malaysia pada masa sekarang berkata tahap kemiskinan lebih realistik dalam negara adalah sekitar 15% hingga 20%.
Angka itu berdasarkan garis kemiskinan pada RM980 bagi setiap isi rumah sebulan, atau RM8 seorang untuk sehari.
Pakar ekonomi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Martin Ravallion menganjurkan metrik mereka sendiri untuk lebih mencerminkan keadaan realiti.
Dengan menggunakan kadar kemiskinan relatif KRI sebanyak 60% daripada pendapatan median kebangsaan akan menunjukkan 22.2% isi rumah miskin.
Dalam kajian Ravallion yang bertajuk “Has Malaysia virtually eliminated poverty?”, beliau berkata kadar kemiskinan negara adalah kira-kira 20% jika dibandingkan dengan negara yang mempunyai pendapatan purata yang sama.
Uzir menambah kos indeks hidup akan memberikan idea yang lebih baik kepada rakyat Malaysia biasa mengenai peningkatan keperluan harian seperti barangan runcit dan perbelanjaan seperti pengangkutan.
“Kami akan mempunyai pengukuran inflasi keseluruhan tetapi kami akan pergi lebih daripada itu untuk melihat perbelanjaan kami dan apakah kos hidup berdasarkan sama ada mereka tinggal di sebuah bandar, kawasan pinggir bandar atau kawasan luar bandar, dan mengikut wilayah.
“Ia juga akan mencadangkan tahap gaji sesuai untuk kawasan yang berlainan dan kos sara hidup mereka sehingga dapat membantu pekerja dan majikan menentukan apakah upah yang sesuai di lokasi tertentu.” – 13 Februari, 2020.
Komen