Kadar kemiskinan Malaysia bukan 0.4% tetapi 20%, kata PBB


Sheridan Mahavera

Sarjana asing dan tempatan yang mengkaji kemiskinan Malaysia pada masa sekarang berkata tahap kemiskinan lebih realistik dalam negara adalah sekitar 15% hingga 20%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Ogos, 2019.

MALAYSIA terkhilaf dalam pengiraan jumlah sebenar orang miskin disebabkan kaedah pengiraan kemiskinan yang digunakan lebih sesuai untuk era 1970-an, kata seorang pegawai kanan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sarjana asing dan tempatan yang mengkaji kemiskinan Malaysia pada masa sekarang berkata tahap kemiskinan lebih realistik dalam negara adalah sekitar 15% hingga 20%, kata Profesor Philip Alston, utusan khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia.

“Dakwaan semasa kerajaan yang kadar kemiskinan adalah 0.4% tidak menggambarkan hubungan sebenar dengan realiti di lapangan,” kata Alston kepada wartawan di sebuah forum kemiskinan di Malaysia anjuran PBB di Kuala Lumpur hari ini.

“Penegasan yang kadar kemiskinan hanyalah 0.4% atau hanya 25,000 isi rumah Malaysia mengekang pembentukan dasar yang berkesan untuk disasarkan kepada kesusahan dan kemiskinan,” kata Alston. – 23 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen