Zuraida nafi mohon sertai Bersatu


Noel Achariam

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini menafikan beliau akan menyertai Bersatu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Januari, 2020.

ZURAIDA Kamaruddin hari ini menafikan beliau akan menyertai Bersatu, berkata tiada permohonan seumpama itu dibuat.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata dakwaan sedemikian tidak benar dan bodoh.

“Ini tidak benar. Tidak ada permohonan seperti itu. Ini biasa dalam politik (tuduhan liar).

“Selagi kita tahu kita apa..ia tidak menggangu saya.

“Ini isu bodoh. Saya hanya mahu fokus buat kerja saya,” katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementeriannya di Putrajaya.

Semalam, setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan berkata borang permohonan Zuraida dan surat kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkenaan hasrat menyertai Bersatu itu adalah palsu. – 21 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen