HANYA kemungkinan kecil saja untuk Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Open mengadakan pilihan raya negeri lebih awal walaupun wujud spekulasi pengundian akan berlangsung pada suku pertama tahun ini, kata penganalisis.
Pilihan raya negeri hanya akan diadakan pada pertengahan 2021, tetap penganalisis politik memberitahu The Malaysia Insight bahawa kerajaan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada dalam keadaan terjamin dan Abang Johari boleh melakukan lebih baik untuk menjamin legasinya.
Ketua menteri itu pastinya mahu menumpukan terhadap perkara itu walaupun kelebihan memihak kepadanya berdasarkan tinjauan baru-baru ini oleh Merdeka Centre.
Tinjauan pendapat itu mendapati tahap ketidapuashatian yang tinggi dalam kalangan rakyat Sarawak terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Tiada keperluan mengadakan pilihan raya mengejut kerana GPS akan menang tanpa cabaran yang besar,” kata Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Mandat kerajaan negeri akan berakhir pada Jun tahun depan tetapi ada cakap-cakap mengatakan pilihan raya negeri akan diadakan suku tahun pertama tahun ini.
Pada pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016, empat parti di bawah GPS – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) – mengekalkan kuasa dengan kemenangan besar apabila menawan 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kesemua parti itu merupakan sebahagian Barisan Nasional (BN) tetapi bertindak keluar gabungan itu dan membentuk GPS selepas BN kalah pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.
Jawan berkata GPS berkemungkinan besar mengenepikan saingan parti dari PH yang merupakan pembangkang di negeri itu.
Ini kerana katanya PH tidak diurus dengan baik di Sarawak.
“Ini tidak bermaksud GPS tidak boleh ditumbangkan, tetapi PH perlu mula menyusun gerakan mereka bagi menghidupkan peluang,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 17 Januari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen