SELAIN kehadiran Mubarak Kunyi daripada Siswa Umno, protes “pelajar” pada Rabu lalu tidak lebih hanya peluang untuk PAS menyerang kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan musuhnya, DAP.
Laungan ketika protes sama seperti yang sering didengar pada acara-acara PAS. Pengiring yang menjaga “pelajar” penunjuk perasaan adalah daripada Unit Amal PAS.
Malah, speaker pada protes Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) daripada PAS.
“Kenapa Dong Zong berani sangat menolak Jawi sedangkan ia hanya tiga halaman dan masih terpulang kepada PIBG memutuskan untuk mengajarnya di sekolah vernakular atau tidak,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir di depan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
“Kenapa jadikan ia isu besar? Dong Zong berani sangat sekarang kerana kerajaan lemah, dan DAP dan MCA menggunakan isu ini untuk menarik undi Cina.
“Parti-parti ini tidak malu walaupun ia mengancam perpaduan di negara ini,” kata Khairul, ironinya tidak perasan yang partinya juga menggunakan isu sama untuk mengumpulkan kumpulan Melayu untuk tidak mengundi PH.
Retorik untuk menuduh Dong Zong akan mengancam perpaduan apabila sesetengah ucapan yang berapi-api Timbalan Presiden Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Mohd Zai Mustafa berkata akan berlaku kekecohan jika Dong Zong terus-terusan menolak Jawi.
“Jika Dong Zong terus menolak Jawi, kami akan ke seluruh negara mendapatkan orang Melayu untuk mempertahankan Jawi,” katanya. – 2 Januari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen