PM ucap selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2019.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia yang akan menyambutnya esok.

“Kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia, warganegara dan bukan warganegara, saya dan isteri, mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu.”

Dr Mahathir berkata demikian dalam video pendek yang dimuat naik di laman Facebook rasminya yang menampilkan beliau menandatangani kad ucapan Hari Krismas di pejabatnya. – Bernama, 24 Disember, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen