PIHAK berkepentingan tidak membantah Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) secara terang-terangan tetapi hanya mahu lebih banyak masa untuk dipertimbangkan dengan baik, kata Muhyiddin Yassin.
Menteri Dalam Negeri berkata masih terdapat banyak maklum balas daripada pihak berkepentingan dan polis yang perlu dipertimbangkan.
“Ia (RUU) akan siap dibentangkan dan dibahaskan pada Mac (sidang Parlimen akan datang). Masih ada ruang (untuk penambahbaikan).
“Ia tidak ditolak secara langsung,” katanya selepas melancarkan program bantuan banjir NGO Anak Muda ke Pantai Timur di Putrajaya hari ini.
Putrajaya menangguhkan pembentangan RUU minggu lalu dan memetik bahawa lebih banyak kerja perlu dilakukan untuk undang-undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata adalah lebih baik untuk bekerja dengan lebih mendalam mengenai undang-undang sekarang dan bukannya berdepan masalah dengan pelaksanannya. – 11 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen