Hanya 24% rakyat berpendapat kerajaan Pakatan berdaya maju


Ragananthini Vethasalam

LAPAN belas bulan selepas perubahan kerajaan, kajian mendapati majoriti rakyat Malaysia masih merasa sangsi dan tidak pasti sekiranya negara berada di landasan yang betul.

Kaji selidik bertajuk ‘The Pulse From the Ground: Voices & Expectations of the Rakyat on Current Socio-economic Issues’, dijalankan bermula 5 September hingga 10 Oktober melibatkan 1992 responden.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Emir Research mendapati hanya 24% rakyat Malaysia mendapati kerajaan PH berdaya maju, manakala majoriti masih lagi tidak pasti dan pesimis.

Salah seorang ketua penyelidik, Profesor Tunku Mohar Tunku Mohad Mokhtar berkata, kira-kira 25 peratus daripada mereka yang disoal percaya negara berada di landasan yang betul, berdaya maju dan ekonomi masih kukuh. Bagaimana pun 70% daripada mereka masih tidak pasti dan pesimis.

Kajian itu mendapati 46 peratus daripada responden tidak pasti dengan kemampuan kerajaan manakala 30 peratus merasakan PH merupakan kerajaan berdaya maju, berbeza ketika menjelang pilihan raya umum ke 14 tahun lalu yang mana kebanyakan rakyat Malaysia mengharapkan PH untuk menewaskan Barisan Nasional.

Berhubung sama ada negara berada di hala tuju yang betul, 50 peratus berkata mereka tidak pasti yang Malaysia berada di landasan yang betul.

“50 peratus rakyat Malaysia tidak pastu sama ada hala tuju masa depan negara berada di landasan yang betul.

“Apabila ini dtambah dengan 24% rakyat Malaysia yang secara kategorinya berkata hala turu masa depan negara di landasan yang salah, ianya membimbangkan 

“Rakyat Malaysia kini juga kurang yakin dengan ekonomi apabila hanya 26 peratus merasakan ekonomi masih kukuh manakala 30 peratus mendapati ekonomi tidak kukuh.

“Manakala 44 peratus masih tidak pasti dengan keadaan ekonomi negara,” dedah kajian itu.

Dari segi geografi, penduduk luar bandar lebih bimbang dengan kerajaan berbanding penduduk bandar.

16 peratus penduduk luar bandar setuju bahawa negara berada di landasan yang betul berbanding 29 peratus penduduk bandar.

“Mereka turut bimbang dengan daya maju kerajaan apabila hanya 15 peratus bersetuju bahawa PH adalah kerajaan berdaya maju berbanding 28 peratus masyarakat bandar,” menurut kajian berkenaan.

Masyarakat luar bandar juga kurang optimis terhadap ekonomi, kerana hanya 24 peratus berpendapat bahawa ekonomi berada pada kedudukan yang baik, berbanding 27 peratus penduduk bandar.

“Sekurang-kurangnya 84 peratus penduduk luar bandar mempunyai pandangan negatif atau tidak pasti sama ada hala tuju depan negara berada di landasan yang betul.

“Pemerhatian ini diulang lagi mengenai persoalan daya maju kerajaan PH, apabila 85 peratus rakyat luar bandar sama ada tidak bersetuju atau sama rata mengenai daya maju kerajaan PH.

“Sekali lagi, kita lihat 76 peratus penduduk kampung kurang yakin dengan ekonomi berdasarkan maklum balas “tidak setuju dan “tidak pasti” mengenai soalan ekonomi kukuh,” kata kajian itu. – 28 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen