Menteri hampir hilang sabar bentang Rang Undang-Undang Insurans Pekerjaan


Muzliza Mustafa

MENTERI Sumber Manusia Richard Riot hampir hilang sabar selepas dituduh memberikan “jawapan buku teks” ketika menjawab soalan semasa pembentangan Rang Undang-Undang Akta Insurans Pekerjaan (EIS) di Parlimen malam tadi.

Menteri itu bangkit dan memberitahu Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP untuk menjaga kata-katanya.

“Saya tahu kerja saya. Jangan beritahu saya tak tahu kerja saya,” kata Riot.

Santiago kemudian meneruskan yang Putrajaya perlu mengubah cara mereka terutama meminta mereka yang berusia 40-an dan 50-an untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi memenuhi perubahan persekitaran keraja kerana ia tidak selari dengan realiti semasa.

“Sukar untuk belajar kemahiran, Jawapan itu hanyalah jawapan buku teks dan tidak mewakili dunia sebenar,” kata Santiago.

Santiago terus menyerang dan bertegas disebabkan kegagalan Putrajaya untuk mengubah perkara sedia ada merupakan alasan kadar pengangguran tinggi di Malaysia.

“Awak masih guna cara lama. (Sekarang beritahu saya) mengapa pengangguran masih tinggi?”

Riot menjelaskan jika kadar di bawah 4% sebuah negara dianggap mempunyai sumber tenaga kerja penuh dan Malaysia hanya mempunyai 3.4% kadar pengangguran.

Beliau kemudian meminta maaf kepada Timbalan Speaker Dewan Dr Ronald Kiandee kerana menjadi emotional.

Sebelum itu, Riot memberitahu Parlimen yang Malaysia tidak boleh melanjutkan skim daripada enam bulan kepada setahun kerana kadar sumbangan rendah (0.4%) dibandingkan dengan Vietnam (3%).

Vietnam adalah salah sebuah negara yang melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan. Negara lain termasuklah China (3%), Bahrain (3%), Jepun (1.6%) dan Korea Selatan (2.2%).

Vietnam melanjutkan skim itu sehingga setahun.

“Jika anda tanya saya, saya pun mahu sumbangan dinaikkan, tetapi pada kadar semasa sekarang pun 0.4% (0.2% majikan, 0.2% pekerja) masih ada yang menentangnya. Jadi kita mula kecil. Kita perlu mula dahulu,” kata Riot.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas tengah malam dan mengambil masa enam jam diperdebatkan.

Bernama melaporkan rang undang-undang itu diluluskan dengan pindaan selepas diperdebatkan 14 ahli Parlimen. EIS akan menyediakan insuran dan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan faedah bantuan kewangan sementara.

Kerajaan komited untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan pada Januari 2018.

Ia akan menjamin kebajikan pekerja.

EIS akan diuruskan Organisasi Keselamatan Sosial (Socso) akan memberi manfaat kepada 6.5 juta pekerja sekiranya mereka kehilangan pekerjaan.

Majikan dan pekerja akan memberikan sumbangan bulanan kepada skim itu.

Bergantung kepada gaji pekerja, sumbangan bulanan akan bermula sekecil 10 sen untuk mereka yang bergaji RM30 sebulan dan sumbangan maksium ditetapkan pada kadar RM59.30 bagi mereka yang bergaji RM4,000 dan ke atas.

Di bawah EIS yang disemak semula itu, skim insuran itu akan memberikan pekerja yang dibuang kerja sebahagian gaji mereka yang diinsurankan.

Gaji itu akan dibayar untuk tempoh tiga hingga enam bulan.

Pekerja yang dibuang kerja juga layak menerima elaun untuk pekerjaan baru, pengurangan pendapatan dan latihan pekerjaan.

EIS pertama kali dibentangkan pada April tetapi ditarik semula seminggu selepas itu kerana ahli Parlimen membantah beberapa peruntukan dalam rang undang-undang itu. – 26 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Marah pulak menteri sakai penipu ni

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan