Tak ada rancangan usul tak percaya terhadap PM, kata Anwar


Ravin Palanisamy

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata tidak ada alasan untuk membuat gerakan tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 November, 2019.

ANWAR Ibrahim telah menafikan khabar angin ada rancangan meluluskan usul tidak percaya percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya akan tahu jika ada. Saya bercakap dengan Muhyiddin (Yassin), (Lim) Kita Siang dan (Lim) Guan Eng hampir setiap hari,” kata Presiden PKR kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata tidak ada alasan untuk langkah seperti itu kerana pemimpin dalam Pakatan Harapan mempunyai hubungan yang kuat.

Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini menolak khabar angin yang beliau bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong di tengah-tengah spekulasi percubaan menggulingkan Dr Mahathir susulan keputusan PRK Tanjug Piai Sabtu lalu.

Keputusan PRK itu di mana PH hilang dengan margin 15,000 undi dilihat sebagai penolakan terhadap Dr Mahathir dan 18 bulan parti itu berkuasa dalam persekutusan.

Terdapat juga spekulasi percubaan untuk memastikan Dr Mahathir tetap berkhidmat selama tempoh penuh walaupun perjanjian antara semua parti PH yang beliau akan menyerahkan jawatan kepada Anwar sebelum akhir tempoh itu, yang tamat pada 2023.

Pada malam Isnin satu mesyuarat diadakan di kediaman Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama 22 ahli Parlimen Barisan Nasional dan beberapa ahli PKR yang kononnya membincangkan cara untuk memastikan Dr Mahathir kekal memegang jawatan itu selepas kekalahan PH pada PRK Tanjung Piai Sabtu lalu.

Azmin juga mengumumkan secara terbuka sokongannya terhadap Dr Mahathir untuk terus berkhidmat sehingga akhir penggalnya.

Bagaimanapun Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, pertemuan itu adalah “mesyuarat biasa”.  – 20 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen