Penurunan taraf FAA bukan punca CEO CAAM letak jawatan 


Noel Achariam

Peletakan jawatan CEO CAAM Ahmad Nizar Zolfakar tiada kaitan dengan laporan audit atau penurunan penarafan keselamatan oleh FAA.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 12 November, 2019.

PELETAKAN jawatan CEO Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) Ahmad Nizar Zolfakar bukan kerana penurunan penarafan keselamatan penerbangan oleh pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).

Ahli CAAM Ragunath Kesavan berkata, Amad Nizar telah menghantar peletakan jawatannya sebelum laporan audit FAA dan penurunan penarafan keselamatan dikeluarkan.

“Beliau hantar peletakan jawatan pada Oktober,” di pejabat CAAM di Putrajaya hari ini.

FAA menjalankan audit pengawal selia ke atas Malaysia di bawah program Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA) pada April, 2019.

Laporan FAA itu sepatutnya dikeluarkan hari ini, namun laporan bahawa CAAM telah disenaraikan sebagai Pengawal Selia Penerbangan Kategori 2 terdedah semalam.

Ragunath berkata, Ahmad Nizar telah berkhidmat dengan CAAM lebih setahun selepas bersara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Beliau memohon untuk meletakkan jawatan dan kita perlu hormati keputusan beliau.”

Setakat ini, masih tiada calon yang disenarai pendek untuk menggantikan Ahmad Nizar, tambah ahli CAAM Afzal Abdul Rahim.

“Kita sudah mulakan pencarian CEO baharu. Kami jangka akan ada seseorang yang akan mengambi alih jawatan itu dalam beberapa bulan lagi.”

Ahli CAAM Zainal Fuad akan memangku jawatan CEO buat sementara waktu.

Pengawal selia penerbangan itu pada sidang media hari ini berkata, ia yakin akan memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh FAA dalam tempoh 12 bulan, dan akan kembali berada dalam Kategori 1 dalam 24 bulan.

FAA semalam mengumumkan pihaknya menurunkan penarafan keselamatan penerbangan CAAM kerana gagal memenuhi standard keselamatan antarabangsa.

Menurut badan AS itu, CAAM gagal memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan menerima penarafan Kategori 2.

Penilaian itu tertakluk kepada penawal selia penerbangan dan bukan kepada lapangan terbang atau syarikat penerbangan, namun ia bermakna syarikat peneerbangan yang mendaoat lesen daripada CAAM tidak dapat menambah laluan penerbangan baharu ke dan daripada AS.

Satu-satunya syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai laluan terus ke AS adalah AirAsia X, ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun. – 12 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen