PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi Tanjung Piai memilih Pakatan Harapan (PH) kerana hanya kerajaan akan memenuhi semua janji yang dibuat.
Beliau berharap agar penduduk di Tanjung Piai menyedari bahawa jika PH menang, mereka boleh memenuhi semua janji yang dibuat kerana parti itu adalah kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.
“Jika Barisan Nasional menang menerusi MCA, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka bukan kerajaan.
“Kami berharap pengundi akan menyedari perkara ini dan memberi undi kepada PH,” katanya semasa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya malam ini.
PRK Tanjung Piai pada 16 November menyaksikan pertandingan enam penjuru melibatkan Karmaine Sardini dari Pakatan Harapan, Dr Wee Jeck Seng (Barisan Nasional), Wendy Subramaniam (Gerakan), Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) dan dua calon bebas – pengasas pusat tuisyen Dr Ang Chuan Lock dan ahli perniagaan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.
Proses pengundian awal akan berlangsung pada 12 November dan pengundian akan dijalankan pada 16 November. – 5 November, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen