Isu nasional dijangka kuasai PRK Tanjung Piai


Khoo Gek San

Isu pengenalan pelajaran khat dan Icerd dijangka mengurangkan sokongan daripada penduduk bukan Islam pada PRK Tanjung Piai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Oktober, 2019.

ISU nasional dijangka menguasai Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai walaupun pada hakikatnya kawasan itu mempunyai masalah tempatan tersendiri.

Pemimpin politik tempatan berkata, pengenalan pelajaran khat kepada murid Tahun Empat dan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) antara isu yang dijangka dapat mengurangkan sokongan daripada penduduk bukan Islam.

Isu-isu ini yang telah dibahaskan oleh golongan Islam dan bukan Islam dijangka membayangi pencapaian Pakatan Harapan dalam menyelesaikan masalah-masalah tempatan seperti kesesakan lalu lintas dan pembangunan perniagaan.

“PH menghantar calon tempatan untuk bertanding. Kami harap dengan melakukan ini kita dapat mengubah perasaan negatif orang ramai terhadap PH,” kata Adun Pekan Nenas Yeo Tung Siong.

Walaupun rekod persekutuan dan kerajaan negeri di kawasan itu, isu kebangsaan mungkin menguasai kempen PRK, kata Yeo dari DAP yang merupakan parti komponen PH.

“Kami ‘underdog’, kami cuba selesaikan isu lalu lintas di kawasan itu, kami cuba membangunkan pasar Pontian tetapi pengundi masih tidak menyokong kami,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau menambah, Tanjung Piai memerlukan seorang wakil yang terbuka bagi meraih sokongan pengundi Cina yang terdiri daripada 42% daripada 52,986 penduduknya.

Orang Melayu terdiri daripada 57% manakala kaum India terdiri daripada 1% penduduk yang mengundi.

PH telah mengumumkan meletakkan seorang imam merangkap ahli perniagaan Karmaine Sardini untuk mengekalkan kerusi itu selepas penyandangnya Md Farid Md Rafiq meninggal dunia.

Karmaine yang merupakan ketua bahagian Bersatu Tanjung Piai dilahirkan dan dibesarkan di Telok Kerang, Pontian.

Barisan Nasional juga dijangka meletakkan calon untuk merampas semula kerusi yang secara tradisinya menjadi milik mereka sejak ia diwujudkan pada 2003 selepas penyusunan semula pilihan raya.

Wee Jeck Seng dari BN mempertahankan kerusi itu pada PRU 2008 dan 2013.

Beliau kalah kepada Md Farid tahun lepas dengan memperoleh 524 jumlah undi.

Pemimpin PH mengakui mereka berdepan saingan sengit untuk mengekalkan kerusi yang PRK Tanjung Piai.

Ketua Kampung Duku Zamzam Hashim berkata penduduk Melayu di kawasan itu belum membuat keputusan mengenai parti mana yang mereka akan sokong tetapi beliau berharap calon itu akan berpusat di Tanjung Piai.

“Orang Melayu setempat belum memutuskan pihak mana yang akan mereka sokong.

“Kami harap calon dapat meneruskan semangat Farid. Kami mahu calon yang sederhana.

“Kami juga berharap pihak dari luar tidak datang dan menganggu keharmonian di sini dengan memainkan isu perkauman semasa serta selepas tempoh pilihan raya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 2 November untuk penamaan calon dan16 November untuk mengundi di Parlimen Tanjung Piai. – 29 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen