SELEPAS berlaku masalah antara perkhidmatan penghantaran Food Panda berlaku dengan rider, pihak berkuasa kini mengkaji cara lebih baik untuk mengawal selia ekonomi gig yang semakin mengambil alih pekerjaan dan perniagaan tradisional.
Selain Food Panda dan pesaingnya Grab Food, perkhidmatan e-hailing seperti MyCar dan aplikasi penginapan seperti Airbnb antara contoh dikenali dalam ekonomi gig Malaysia.
Walaupun tiada kawal selia yang berskala besar dan tersusun bagi sektor itu, tindakan kerajaan baru-baru ini mengarahkan pemandu e-hailing mendapatkan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) antara langkah ke arah itu.
Apabila semakin ramai rakyat Malaysia menyertai pekerjaan dalam ekonomi gig, wujud kebimbangan mereka tidak dilindungi dengan baik oleh keselamatan sosial dan tidak diberikan syarat bekerja lebih adil.
Walaupun syarikat ekonomi gig dan platform menolak kawal selia, terdapat contoh di seluruh dunia yang boleh diikuti oleh Malaysia.
Apa yang dianggap gig?
Terma ekonomi gig bermula pada krisis kewangan 2008-2009 untuk merujuk kepada pekerjaan jangka pendek, berdasarkan kepada tugasan di mana pekerja dibayar mengikut setiap tugasan atau pekerjaan.
Satu lagi “gig” dikenali sebagai kerja bebas di mana pekerja adalah kontraktor bebas yang tidak terikat pada mana-mana syarikat khusus tetapi menyediakan perkhidmatan serupa kepada syarikat berlainan.
Artis grafik, penulis, ahli muzik, pelakon, tukang kayu antara jenis kerja gig tradisional.
Jumlah pekerja ekonomi gig di United Kingdom ada dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun, kepada 4.7 juta atau satu dalam 10 dewasa bekerja.
Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat melaporkan pada 2017 bahawa 55 juta atau 34% daripada tenaga kerja AS adalah pekerja ekonomi gig dan jumlah itu dijangka berkembang kepada 43% pada 2020.
Menurut pendahulu industri perkhidmatan sumber manusia antarabangsa Randstand, ekonomi gig menyediakan pekerjaan kepada mereka yang menganggur dan melonjak potensi pendapatan mereka.
Jika ia begitu popular kenapa ada masalah?
Randstand berkata pekerjaan gig ini memusnahkan dan menggantikan industri sedia ada dan keseluruhan konsep jangka panjang, pekerjaan bergaji dan stabiliti pekerjaan.
“Ekonomi gig menawarkan kebebasan, ya, tetapi ia juga tidak datang dengan perkara seperti keselamatan pekerjaan, faedah, cuti sakit berbayar dan pencen.
“Ini juga akan menyebabkan persekitaran yang lemah untuk pekerja dan menjadikan persaraan lebih sukar,” kata badan pemikir itu. – 28 Oktober, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen