PUTRAJAYA sedang mengambil inisiatif untuk mengawal selia ekonomi gig bagi melindungi kepentingan pelanggan dan pekerja dalam sektor itu, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat hari ini.
“Dengan tren baru ini di mana pekerjaan menjadi lebih fleksibel, cabaran untuk kerajaan ialah memastikan kebajikan pekerja ekonomi gig terjaga, terutama dengan kekurangan hubungan pekerjaan,” katanya.
“Namun kerajaan sedar kesan ekonomi gig terhadap ekonomi tradisional dan dalam melindungi kebajikan pekerja,” katanya, menambah beberapa inisiatif itu akan diambil oleh kerajaan untuk mengawal selia sektor tidak formal itu.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan Fahmi Fadzil (Lembah Pantai-PH) dalam sesi soal jawab menteri, tentang bagaimana kerajaan mahu mengawal selia sektor ekonomi gig.
Ini termasuk penubuhan jawatankuasa terdiri daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Jawatankuasa itu bertanggungjawab mencari penyelesaian jangka panjang bagi masalah berkaitan ekonomi gig.
Sebagai tambahan, Dr mahathir berkata kerajaan juga akan melihat ekonomi gig sebagai sumber untuk kemapanan dan pertumbuhan ekonomi inklusif dalam Rancangan Malaysia ke-12 2021-2025. – 22 Oktober, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen