PASUKAN petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh dan pengasas Perlis Hope Amri Che Mat belum selesai melakukan siasatan, kata Menteri Dalam Negeri Muhiyiddin Yassin.
Beliau berkata pasuka itu diberikan enam bulan untuk melengkapkan siasatan.
“Pada masa ini kami tidak menerima laporan berkenaan kes itu, jadi kita tunggu pasukan petugas khas siapkan siasatan mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Pendaftaran Negara di Putrajaya hari ini.
Sudah lebih lapan bulan sejak laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dikeluarkan yang menunjukkan pembabitan Cawangan Khas dalam kehilangan Koh dan Amri.
Susulan laporan Suhakam itu, Muhyiddin pada Jun mengumumkan pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan mereka, dan melaporkan sebarang hasil siasatan dalam tempoh enam bulan. – 16 Oktober, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen