Guan Eng setuju dengan Patriot isu boikot produk bukan Islam


Alfian Z.M. Tahir

Lim Guan Eng bersetuju dengan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang berkata kerajaan Pakatan Harapan lambat bertindak terhadap kempen memboikot produk bukan Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 September, 2019.

LIM Guan Eng bersetuju dengan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) lambat bertindak terhadap kempen memboikot produk bukan Islam yang dijalankan oleh beberapa kumpulan.

Setiausaha agung DAP itu berkata Putrajaya hanya menyedari mengenai kempen tersebut selepas ia mendapat perhatian orang ramai selepas beberapa isu perkauman dimainkan oleh Umno dan PAS.

“Patriot betul bahawa kerajaan PH lambat bertindak untuk menentang kempen memboikot produk dan perkhidmatan orang bukan Islam dan bukan Bumiputea yag dijalankan oleh beberapa badan NGO mesra pembangkang.

“Hanya selepas kempen boikot disokong oleh pemimpin tertinggi Umno dan PAS serta mendapat perhatian orang ramai dengan memainkan sensitiviti perkauman dan agama, barulah PH nampak ia boleh menjejaskan perpaduan negara, kepelbagaian dan keharmonian antara agama,” kata Lim dalma satu kenyataan.

Presiden Patriot semalam Mohamed Arshad Raji menyifatkan kempen boikot itu “merepek, tidak rasional, mengacau, mengancam kemajuan ekonomi” dan akan gagal.

Lim juga bersetuju dengan Arshad bahawa semua orang perlu berfikir sebagai rakyat Malaysia.

“DAP setuju dengan Patriot bahawa kita perlu berfikir sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau juga mengkritik MCA dan MIC yang hanya berdiam diri mengenai kempen boikot produk bukan Islam. – 9 September, 2019.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen