CADANGAN untuk membawa masuk syarikat e-hailing Indonesia, Go-Jek ke Malaysia akan dibawa ke kabinet, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Ia akan dibawa ke kabinet oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk dibincangkan, katanya pada satu program di Kuala Lumpur, hari ini.
Loke berkata, kementeriannya akan terlibat sekiranya cadangan itu diluluskan.
“Cadangan itu akan dibawa oleh Syed Saddiq ke kabinet dari segi bagaimana ia dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan..jadi kabinet akan bincangkan,” kata Loke kepada pemberita.
Semalam, Syed Saddiq mengumumkan hasratnya menerusi Twitter untuk membawa Go-Jek ke Malaysia, sebagai satu cara untuk mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya dalam kalangan “mat motor”, atau beliau yang menunggang motosikal.
Menurutnya, golongan ini memerlukan pekerjaan dan bukannya satau program kebajikan.
Syed Saddiq juga berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Go-Jek sebelum ini dan membawa pengasasnya, Nadiem Makarim bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Loke semalam. – 20 Ogos, 2019
Berita penuh di sini.
Komen