PENGERUSI Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) melihat konsesi terkini yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran Jawi di sekolah-sekolah vernakular secara positif.
Pengerusi Tan Tai Kim berkata, mereka memerlukan sedikit masa untuk membincangkan keputusan kementerian dengan kumpulan yang menentang rancangan berkenaan.
“Kami melihatnya secara positif. Bagaimanapun kita perlu berbincang dengan 10 persatuan yang menentang rancangan untuk mengajar pelajaran Jawi di sekolah-sekolah vernakular,” katanya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di ibu pejabatnya di Kajang.
Kabinet semalam memutuskan pelajaran Jawi hanya akan diajar kepada murid Tahun Empat di sekolah vernakular dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan berkata rancangan untuk mengajar murid Tahun 4 di sekolah kebangsaan akan diteruskan seperti yang dirancang.
“Mesyurat kabinet hari ini sekali lagi membincangkan pengenalan tulisan Jawi dalam silibus Bahasa Melayu untuk murid Tahun Empat di sekolah vernakular pada 2020.
“Dalam perbincangan terbaru Kabinet memutuskan ia perlu dilakukan dengan persetujuan PIBG sekolah berkenaan. Sekolah kebangsaan akan diteruskan seperti biasa,” katanya. – 15 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen