MAYAT “berkulit putih” ditemui di Hutan Lipur Jeram Toi di Serembam, Negeri Sembilan namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada ia adalah mayat remaja Britain yang dilaporkan hilang, Nora Anne Quoirin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusof mengesahkan bahawa pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat itu petang ini.
“Ya, kami temui sebuah mayat, kami masih siasat,” kata Mohamad tanpa memberitahu butirannya.
Mohamad mengatakan penyelamat diberitahu oleh seorang lelaki yang menemui mayat itu pada pukul 2 tengahari tadi.
“Kami terima maklumat daripada seorang lelaki yang menemui mayat dua kilometer dari resort The Dusun”
“Timbalan saya dan polis Nilai datang ke kawasan penemuan tersebut.
“Mayat itu berkulit putih namun belum ada apa-apa pengesahan,” katanya ketika ditanya sama ada ia adalah mayat remaja Britain berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini
The Malaysian Insight difahamkan kedua ibu bapa Quoirin juga turut dibawa ke kawasan itu untuk mengesahkan mayat. – 13 Ogos, 2019.
Komen