Ketua bahagian PKR zahir sokongan terhadap Anwar


Chan Kok Leong

Ketua PKR Bahagian Kangar dan Ahli Parlimen Noor Amin Ahmad berkata mereka memberi sokongan terhadap Anwar Ibrahim untuk memimpin parti dan menjadi perdana menteri seterusnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Ogos, 2019.

ANWAR Ibrahim masih pemimpin tertinggi PKR walaupun berlaku perselisihan dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, kata ketua bahagian parti itu.

Wakil daripada 198 cabang parti mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan sokongan mereka terhadap ahli Parlimen Port Dickson itu yang berumur 72 tahun itu.

“Kami mahu mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan sokongan kami terhadap Anwar untuk memimpin parti dan menjadi perdana menteri seterusnya,” kata Ketua Cabang Kangar dan Ahli Parlimen Noor Amin Ahmad hari ini.

Perhimpunan di Lembah Pantai dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin bahagian dari seluruh negara.

Menurut Noor Amin, mereka mewakili 198 daripada 219 bahagian PKR. Antara yang hadir termasuk Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Julau Ahli Parlimen Larry Sng dan Adun Klebang. – 4 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen