Mahkamah diberitahu tandatangan Nik Faisal juga dipalsukan


Bede Hong

Suboh Md Yassin bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa tandatangan bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dipalsukan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 8 Julai, 2019.

PENDAKWAAN hari ini mencadangkan yang bukan sahaja tandatangan Suboh Md Yassin dipalsukan dalam surat arahan, tetapi juga tandatangan bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil.

Ketika sesi soal balas ke atas Suboh hari ini, Pendakwa Raya V Sithambaram membawa 14 salinan surat arahan Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (Rentas) kepada Bank AmIslamik.

Dokumen itu adalah surat arahan dihantar kepada AmBank pada 2014 dan 2015 untuk memindahkan wang SRC International kepada anak syarikatnya Gandingan Mentari dan syarikat yang menguruskan tanggungjawab sosial korporatnya Ihsan Perdana.

LANGSUNG: Saksi setuju tandatangan Nik Faisal palsu

Selepas meneliti dokumen itu, Suboh bersetuju dengan cadangan pendakwa raya yang tandatangan Nik Faisal semuanya serupa.

Sithambaram: Tandatangan Nik Faisal juga dipotong dan ditampal. Sama seperti anda.

Suboh: Ya. – 8 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen