SETIAP bahagian Umno dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan untuk menanggung kos operasi, kata pemimpin akar umbi.
Isu itu menjadi perhatian ketika parti tersebut kini berdepan kesukaran kewangan sejak landskap politik Malaysia berubah tahun lalu.
The Malaysian Insight membuat tinjauan di Kuala Selangor, sebuah kawasan Parlimen pinggir bandar dan menemubual tiga parti politik utama yang aktif.
Kawasan Parlimen lebih kurang 70km dari Kuala Lumpur ini mempunyai tiga kerusi negeri iaitu Bukit Melawati, Ijok dan Jeram dengan jumlah pengundi kira-kira 70,000 orang.
Beliau menjangka, jumlah perbelanjaan itu akan bertambah tahun depan, menjelang tiga tahun sebelum pilihan raya umum akan datang.
Katanya, kos yang bertambah itu adalah untuk mewujudkan jentera di peringkat dewan undangan negeri untuk persiapan menghadapi pilihan raya.

“Gaji kakitangan dalam RM4,000 lebih. Bil elektrik dan air dalam RM5,000 juga sebab kita ada dewan besar. Cukai tanah, cukai pintu lagi. Itu semua kos, bukan sedikit.
Dalam pilihan raya umum 2018, Barisan Nasional kalah di semua kerusi di Kuala Selangor.
Menurut Jahaya, buat masa ini beliau menanggung semua perbelanjaan tersebut tanpa bantuan parti, selepas agensi antirasuah membekukan akaun Umno.
Ia ekoran siasatan berhubung dana yang didakwa berpunca dari wang diseleweng dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menamakan Umno Selangor antara 41 pihak yang didakwa menerima duit 1MDB daripada Najib Razak.

Wang berkenaan kini dituntut melalui satu saman sivil di mahkamah.
“Sejak menjadi ketua bahagian setahun lalu, saya tidak pernah dapat peruntukan daripada mana-mana. Ini semua perbelanjaan yang dikeluarkan sendiri.
“Mahu tidak mahu kena tanggung juga. Syukur saya ekonomi pun bagus,” Jahaya, yang juga seorang ahli perniagaan.
Umno Selangor, yang juga berdepan siasatan agensi antirasuah kerana dakwaan menerima duit 1MDB, kini sedang memindahkan operasinya dan mencari penyewa bangunannya di Shah Alam.
Kesan siasatan SPRM ke atas dana Umno itu turut menjejaskan bahagian seperti Umno Temerloh yang terpaksa menjual pejabat DUN Lanchang bagi membiayai perbelanjaan pengurusan parti.
“Jadi kini kita menyewa bangunan dalam usaha memastikan kita mempunyai kewangan untuk terus membiayai pengurusan parti,” kata Ketua Umno Bahagian Temerloh Mohd Sharkar Shamsuddin.
Meskipun Umno masih menerajui Pahang, parti itu dilihat berhadapan dengan kesukaran untuk memastikan operasi terus berjalan selepas BN tewas dalam PRU14.

Namun bukan parti pembangkang sahaja yang dibelenggu masalah kewangan.
Namun menurut Mohd Najib, ia bukan disebabkan siasatan SPRM tetapi kerana tidak mendapat bantuan daripada parti.
Oleh itu, Umno Kuala Selangor sukar menampung kos sewa pejabat, bil utiliti dan gaji kakitangan, katanya.
Bekas guru itu berkata, beliau malah terpaksa membelanjakan sebahagian duit pencennya untuk operasi parti yang menelan perbelanjaan sekitar RM5,000 sebulan.

Oleh itu, beliau berharap parti yang kini menguasai kerajaan negeri dan persekutuan akan dapat menyalurkan dana kepada bahagian.
Bagi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor Juwairiya Zulkifli pula, kedudukannya sebagai wakil rakyat DUN Bukit Melawati membantu sedikit sebanyak program parti.
Parti juga menetapkan potongan gaji Adun untuk operasi parti, katanya.
“Saya sebagai Adun perlu sumbang balik pendapatan saya kepada parti sekitar 10-20%. Adun lain, MP lain, ahli Majlis pun ada peratusannya.
“Parti memberi peratusan yang adil kepada pemimpin parti yang sudah dipilih menjadi wakil kerajaan.
“Duit inilah yang digunakan untuk operasi cabang. Ini semua daripada gaji peribadi selain daripada dana persendirian yang ingin menderma kepada parti,” katanya. – 7 Julai, 2019.
Komen