Polis serbu pejabat Deloitte dalam siasatan 1MDB


Alfian Z.M. Tahir

Anggota polis kelihatan mengangkat fail dan dokumen yang dirampas dari pejabat Deloitte Malaysia dalam serbuan hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 23 Mei, 2019.

BUKIT Aman menyerbu pejabat Deloitte Malaysia dipercayai berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insight, berkata satu pasukan dihantar ke pejabat itu tengah hari tadi.

“Ya, kami menyerbu pejabat itu tengah hari tadi,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut.

Bagaimanapun, Saiful berkata setakat 5.30 petang tadi, serbuan masih berlangsung.

Terdahulu, The Star melaporkan pasukan penyiasat itu menyita beberapa fail dan dokumen dari pejabat berkenaan tetapi tidak ada individu ditahan setakat ini. – 23 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen