Dua lelaki Rohingya tidak mungkin mahu membalas dendam


Bede Hong

Kumpulan penyelidik hak asasi manusia Iman Research mengatakan dua lelaki Rohingya yang ditahan polis kerana terlibat dalam rancangan keganasan tidak mungkin cuba membalas dendam terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mei, 2019.

DUA lelaki Rohingya yang ditahan polis kerana terlibat dalam rancangan keganasan tidak mungkin cuba membalas dendam terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, kata kumpulan penyelidik hak asasi manusia.

Iman Research mengatakan kematian Adib tidak kelihatan sesuai dengan naratif kumpulan IS yang lebih besar untuk mencari penubuhan khalifah di sini.

“Oleh itu, Iman merasakan hubungan serangan yang dilakukan dan tragedi kematian Muhammad Adib perlu dikaji semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iman juga menasihatkan untuk lebih berhati-hati dan fahaman pragmatism dalam mengaitkan pelarian Rohingya dengan rangkaian keganasan.

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, empat suspek pengganas yang merancang membunuh beberapa individu berprofil tinggi dan serangan rumah ibadat ditangkap dalam satu siri operasi minggu lepas.

Serangan itu dikatakan dirancang sebagai tindak balas terhadap kematian Adib ketika rusuhan di kuil di Seafield akhir tahun lepas.

“Kami prihatin terhadap penglibatan dua lelaki Rohingya. Perlu hati-hati membincangkan isu ini dalam usaha memahami dengan jelas nasib masyarakat Rohingya.

“Penemuan kami menunjukkan komuniti Rohingya di Malaysia prihatin dengan keluhan mereka sendiri dan perjuangan hidup seharian sebagai pelarian. Ia tidak wajar bagi mereka untuk terjerat dalam isu tempatan.

“Pada masa sama kami mengakui isu semasa di Malaysia boleh dan akan digunakan oleh golongan ekstremis tempatan untuk meraih simpati dalam kalangan masyarakat yang tidak disengajakan,” katanya. – 14 Mei, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen