ADA sesuatu yang tidak kena dengan sistem perundangan Malaysia sekiranya hakim tidak tahu asas prinsip perundangan, kata peguam terkenal yang juga bekas hakim Gopal Sri Ram pada satu forum berhubung isu “bin Abdullah” hari ini.
Sri Ram berkata hakim perlu memastikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengikut keputusan mahkamah berhubung kes “bin Abdullah” dan bukan fatwa kerana ia tidak terikat secara sah mengikut undang-undang.
“Lihat kepada Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, kamu tidak akan menemui perkataan fatwa di mana-mana.
“Jadi, beliau (ketua pengarah JPN) mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan. Jadi keputusannya adalah salah,” katanya dalam forum Majlis Peguam berhubung bin Abdullah di Kuala Lumpur hari ini.
Sri Ram berkata peguam perlu meneliti statut dan tentukan apa statut memerlukan mereka berbuat demikian.
“Kami berkata benar, pada penghujung hari, pembuat keputusan mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan maka keputusannya dibatalkan.
“Apa yang menghairankan ialah hakim Mahkamah Tinggi tidak tahu, itu banyak menjelaskan tentang kualiti hakim yang ada di Mahkamah Tinggi.
“Sekiranya hakim tidak tahu asas prinsip pasti ada sesuatu masalah serius dalam sistem kita,” tambah Sri Ram.
Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dibuat oleh pasangan dan anak mereka untuk meminta ketua pengarah JPN menggantikan nama “Abdullah” dengan nama bapa kandung dalam sijil kelahiran.
Mahkamah Rayuan dalan satu kenyataan bertulis pada 25 Julai menyatakan ketua pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa atau fatwa keagamaan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan nama anak seorang muslim yang lahir di luar nikah.
Dalam penghakiman itu, mahkamah berkata bidang kuasa pengarah adalah seorang yang sivil dan terhad kepada menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu memenuhi syarat di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, yang merangkumi semua kanak-kanak yang tidak sah, Islam dan bukan Islam.
Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan memutuskan persoalan undang-undang yang timbul sama ada seorang anak luar nikah boleh mengambil nama ayah kandungnya daripada “Abdullah”.
Bulan lalu JPN mengumumkan pihaknya akan mendaftarkan anak tidak sah taraf seperti biasa, sementara menunggu keputusan rayuan daripada Mahkamah Rayuan untuk membenarkan anak ini menggunakan nama bapa kandung mereka.
Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli berkata sebarang perubahan yang boleh dibuat oleh jabatan itu hanya akan dibuat selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara.
Sri Ram juga berkata sesiapa sahaja tidak kira Islam atau bukan Islam layak mendapat perlindungan undang-undang.
“Adakah Akta Kelahiran dan Kematian membezakan antara orang Islam dan bukan Islam? Tidak.
“Maka itu tidak relevan apa agama anak itu. Sekiranya kamu mengambil perlindungan undang-undang daripada anak itu, kamu melanggar perkara 8 (1) dan kini menjadi cabaran atas dasar perlembagaan,” katanya.
Pengarah Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa juga menambah fatwa tidak terikat dan bukan undang-undang.
“Memandangkan fatwa itu tidak mempunyai kuasa undang-undang, perlu diingat bahawa negara ini masih bersifat sekular, keputusan Mahkamah Rayuan perlu ditegakkan,” katanya. – 20 September, 2017.
Komen