KERAJAAN akan terus memerangi rasuah walaupun populariti Pakatan Harapan (PH) kini merosot, kata Dr Mahathir Mohamad.
Perdana menteri mengakui sokongan terhadap PH merosot sejak menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu.
“Sokongan untuk diri saya sendiri pun merosot,” kata Dr Mahathir ketika berucap semasa pertemua bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir, pegawai kerajaan terima rasuah adalah perkara biasa.
“Tetapi hari ini, kerajaan ini menolak rasuah dan menyebabkan mereka yang masih berada dalam kerajaan kecewa,” katanya.
“Kita akan terus selamatkan negara kerana rasuah akan musnahkan negara.”
Menurut kaji selidik terkini yang dijalankan oleh Merdeka Center, sokongan terhadap Dr Mahathir jatuh kepada 46% berbanding 71% semasa Ogos tahun lalu.
Kajian juga menunjukkan hanya 39% pengundi yang positif terhadap kerajaan PH. – 30 April, 2019.
Komen