MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu akan menyerahkan nasib anak lelakinya, yang akan didakwa atas kesalahan dadah, kepada pihak berkuasa.
“Saya serahkan kepada mereka,” kata Mohamad kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
“Saya tidak mahu komen.”
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis Parlimen hari ini berkata, anak lelaki menteri itu akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi kerana penyalahgunaan dadah.
Beliau menjawab pertanyaan Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang bertanya mengapa ambil masa terlalu lama untuk tindakan diambil terhadap “anak menteri”.
Muhyiddin pada Ahad berkata, polis telah melengkapkan siasatan mereka dan menyerahkan fail kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Anak lelaki Mohamad, Ahmad Saiful Islam Mohamed, 31, ditahan pada Januari selepas didapati positif dadah ketika pemeriksaan di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
Ketika itu, Mohamad berkata, beliau akan membiarkan anaknya tertakluk kepada proses undang-undang negara. – 8 April, 2019
Komen