KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu lebih tegas dalam mempertahankan pendiriannya supaya tidak mudah ditekan untuk membuat keputusan, kata penganalisis berhubung keputusan Putrajaya menarik diri dari Statut Rom.
Menurut mereka, kerajaan perlu “bersedia mempertahankan” pendiriannya dan tidak tunduk kepada “tekanan yang diterima”.
“Pentadbiran PH berdolak-dalik kerana ia tidak tegas dalam mempertahankan pendiriannya. Mereka bimbang hanya akan bertahan satu penggal sahaja.
“Kerajaan perlu tegas dan menjelaskan perkara sebenar dan sedia untuk mempertahankannya. Bagaimanapun, kerajaan PH masih lemah dalam perkara ini,” kata penganalisis politik Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, penarikan semula keputusan kerajaan dari Statut Rom bukan kerana kerajaan menentang perjanjian itu tetapi disebabkan kekeliruan yang ditimbulkan pihak tertentu.
“Pakatan perlu melawan tekanan daripada pembangkang yang membawa sepanduk hak Melayu dan Islam.
“Dalam masa sama, timbul perasaan tidak puas hati di pihak kerabat,” katanya merujuk kepada bantahan dibangkitkan oleh istana Johor berhubung keputusan asal kerajaan untuk mengesahkan Statut Rom.
Sulthan Johor dan Putera Mahkota Johor berkata, dengan menandatangani perjanjian itu, kedudukan raja-raja Melayu akan terjejas. – 5 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen