Tiada keputusan dibuat mengenai Malaysian Airlines, kata PM


Alfian Z.M. Tahir

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan masih mengkaji beberapa cadangan oleh pelbagai pihak berkenaan masa depan Malaysia Airlines Berhad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 April, 2019.

KERAJAAN masih mengkaji beberapa cadangan oleh pelbagai pihak berkenaan masa depan Malaysia Airlines Berhad, kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Kami mempunyai begitu banyak cadangan. Ada yang mahu kami menjual MAS, ada yang tidak bersetuju dengannya.  

“Ada juga berpendapat kami harus menjual sebahagian MAS atau menjalinkan usaha sama dengan negara lain,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

“Kerajaan akan menimbangkan semua cadangan ini,” tambahnya.  

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata, kerajaan memerlukan kajian terperinci mengenai masalah yang dihadapi MAS sebelum memutuskan masa depan syarikat penerbangan itu.  

Beliau berkata, usaha yang diambil untuk membangunkan semula syarikat penerbangan itu tidak masuk akal menyebabkan keuntungan syarikat itu menyusut.

“Kerajaan bersedia mempertimbangkan pengambilalihan syarikat penerbangan itu,” katanya.

Ketika ditanya hari ini nama pihak yang terlibat dalam memberikan cadangan kepada kerajaan beliau berkata, tidak ada keputusan dibuat.

“Saya tidak boleh mengatakan apa-apa,” katanya. – 4 April, 2019. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen