Isu Lynas tiada kaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan, kata Fuziah


Chan Kok Leong

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata Kementerian Pembangunan Keusahawanan tiada kaitan dengan isu Lynas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 April, 2019.

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan tidak mempunyai locus standi terhadap isu Lynas, kata Fuziah Salleh.

“Biarkan para menteri memutuskan perkara ini di antara mereka sendiri. Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bertanggungjawab bagi pengurusan sisa manakala bahagian pelaburan oleh Miti. Jadi, ini tiada kaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan.

“Beliau tidak mempunyai locus standi tetapi saya ada,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Fuziah berkata pendiriannya sejajar dengan Menteri Yeo Bee Yin.

“Pendirian saya tegas mengenai perkara ini. Saya bersetuju dengan pendirian menteri yang mereka boleh memperbaharui lesen jika menghantar balik sisa ke Australia.

“Sekiranya mereka tidak dapat menepati tarikh akhir, lesen mereka tidak perlu diperbaharui sebagaimana pra syaratsebelum ini,” katanya.

Beliau berkata terlalu awal untuk memberi komen mengenai sama ada Australia akan bersetuju pada masa ini kerana tarikh akhir pada September.

“Timbalan menteri Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata mereka akan bekerjasama dengan Australia. Oleh itu, kita perlu menunggu,” kata ahli Parlimen Kuantan itu yang merupakan pengkritik kuat projek Lynas di Pahang.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu pemberita yang Kabinet belum meluluskan pra-syarat Yeo sebelum memperbaharui lesen Lynas untuk terus beroperasi di Pahang. – 1 April, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen