KABINET tidak menetapkan syarat agar Lynas Corp Ltd membawa keluar sisa dari loji syarikat itu di Gebeng, kata Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof.
Laporan The Edge menyebut beliau menangkis kenyataan Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin yang menyebut sebaliknya.
Katanya, Kabinet juga tidak boleh memaksa syarikat itu mengeksport keluar sisa nadir bumi terbabit ke Australia kecuali “ia benar-benar tidak selamat”.
Buat masa ini terlalu awal untuk menetapkan syarat tersebut kerana ia tidak disarankan oleh jawatankuasa tertinggi yang menangani kes syarikat tersebut.
“Jika jawatankuasa itu fikir (sisa) itu tidak selamat, katakanlah sangat tidak selamat, kita perlu tutup (kilang).
“Tetapi setakat ini tiada petanda, setahu saya, bahawa kilang itu tidak selamat, selain cadangan sisa itu perlu dibawa keluar,” katanya lagi.
Semalam, Redzuan menegaskan kerajaan tidak akan menutup kilang Lynas atas sebab nilai pelaburan yang dibawa syarikat itu. – 1 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen