PUTRAJAYAYA tiada cadangan mahu membeli jet pejuang dari China, jelas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai kenyataannya berhubung isu itu semalam.
Perdana menteri berkata beliau hanya berkata Malaysia mungkin boleh membeli jet dari China sebagai tindak balas Kesatuan Eropah (EU) jika ia terus mahu meneruskan rancangan untuk mengharamkan minyak sawit.
“Kita tak akan beli mana-mana jet. Ada banyak lagi produk yang kita boleh beli,” kata Dr Mahathir selepas majlis dialog bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) di Universiti Putra Malaysia hari ini.
“Ketika ditanya apakah EU sudah dimaklumkan berkenaan perkara itu, Dr Mahathir berkata beliau sudah menulis surat kepada mereka.
Semalam, perdana menteri berkata kerajaan mungkin bertindak balas dengan menghentikan pengimportan barangan tertentu dari negara Eropah jika mereka masih meneruskan sikap tidak adil dan diskriminasi terhadap minyak sawit negara.
Ini termasuk mengkaji kemungkinan membeli pesawat pejuang dari China.
Dr Mahathir berkata beliau bukan “mengisytiharkan perang” kepada EU kerana Malaysia masih memerlukan produk dari EU.
Sebarang tindakan untuk mengurang atau menghentikan import dari negara-negara anggota EU tidak akan dilaksanakan dengan tergesa-gesa tetapi selepas menimbang kesannya ke atas negara. – 25 Mac, 2019.
Komen