PAKATAN Harapan menuduh kerjasama PAS dan Umno akan jadi seperti Taliban kerana mereka terjejas dalam pilihan raya akan datang, kata Ismail Sabri Yaakob.
Ketua pembangkang baharu dilantik itu berkata beliau membuat andaian tersebut berdasarkan kenyataan dikeluarkan ahli politik PH yang mengecam kerjasama kedua-dua parti politik Melayu Islam itu.
“Mereka nampak sangat tidak gembira dengan kerjasama kita. Kerana itulah mereka menuduh parti Islam jadi seperti Taliban.
“Saya tak rasa mereka akan buat kenyataan seperti itu jika mereka tak takut kepada pakatan kami,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Naib presiden Umno itu turut menambah yang matlamat pakatan Umno dan BN bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan pemimpin PH, dan pakatan terbaru itu sudah mengakui kepentingan kaum lain.
“Islam ambil berat kepentingan semua orang. Malah, kita berbincang tentang kepentingan ummah dan kaum lain pada pertemuan pertama kita (dengan PAS),” katanya.
Ismail juga memberi contoh yang PAS mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah tanpa ada masalah dengan kaum lain.
“PAS dan tadbir ketiga-tiga negeri ini, dan saya tak pernah nampak rakyat merungut selama ini. Ini kerana ia (kerajaan PAS) tak pernah ketepikan mereka,” katanya.
Ismail menambah, yang, kerjasama baharu antara Umno dan PAS akan jadi pencetus untuk menyingkirkan kerajaan PH. – 13 Mac, 2019.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan