PUTRAJAYA akan mengkaji untuk mengganti aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan perbelanjaan lebih daripada RM300 juta, menurut Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aiport Holdings Bhd (MAHB).
Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi berkata proses pemerolehan keretapi-keretapi itu akan mengambil masa dan kosnya akan ditanggung oleh MAHB.
“Kami maklum keretapi-keretapi itu agak uzur dan perlu diganti.
“Disebabkan kadar penggunaannya yang tinggi, ia menyebabkan keretapi cepat rosak,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Pengumuman ini selepas kejadian aerotrain mengalami kerosakan petang semalam hingga menyebabkan kira-kira 20 penumpang berjalan kaki di atas landasan ke KLIA.
Rakaman video kejadian yang berlaku pada jam 5.30 petang itu juga menjadi viral.
Kata Aziz, masalah teknikal hingga menyebabkan aerotrain rosak adakalanya tidak dapat diramalkan.
“Penyelenggaraan sudah dijalankan mengikut jadual tetapi kami telah mengarahkan MAHB menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Beliau juga berkata MAHB telah memberi taklimat kepada kakitangan kejuruteraannya untuk bersiap sedia jika berlaku kejadian lain.
“Staf bahagian teknikal untuk mengendalikan sebarang insiden mesti bersiap sedia dan lebih banyak bas akan disediakan untuk mengangkut penumpang jika berlaku kerosakan,“katanya.
Pengarah Urusan MAHB Badlisham Ghazali mengesahkan terdapat rancangan begi menggantikan aerotrain berusia 19 tahun seawal tahun depan.
“Ia sentiasa ada dalam perancangan dan kami sedang berusaha untuk melaksanakannya.
“Pelan induk memerlukan keretapi beroperasi sehingga 2023, tetapi kita akan mula mengganti pada 2019 dan mempercepatkan proses kepada 2108.
Badlisham berkata proeses pemerolehan dijanki mengambil masa kerana mereka perlu menggantikannya dengan sistem baharu.
“Sekarang ini kami mempunyai program penyelenggraan dan membaik pulih yang komprehensif. Kami ada tiga keretapi, dua untuk operasi dan satu lagi untuk standby. Menjelang akhir tahun kesemua keretapi akan dibaik pulih,” katanya.
Beliau juga berkataa apabila mereka memulakan kerja menaik taraf, tumpuan mungkin akan diberikan kepada satu landasan pada satu-satu masa untuk meminimumkan sebatang kesulitan.
“Sebuah masih boleh beroperasi, tetapi kami akan menambah perkhidmatan bas.
“Kami akan tempatkan seorang jurutera dalam keretapi pada setiap masa sebagai persedianan jika berlaku merosakan,” katanya. – 5 September, 2017.
Komen