Kebencian agama akan jadi jenayah, kata Mujahid


Chan Kok Leong

Pindaan Kanun Keseksaan untuk menjadikan kebencian agama satu jenayah akan dilakukan pada sidang Parlimen bulan depan, kata Menteri Mujahid Rawa semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Februari, 2019.

MENCETUSKAN kebencian agama akan menjadi kesalahan jenayah dalam pindaan yang akan dilakukan ke atas Kanun Keseksaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Kami berharap untuk meminda undang-undang dalam sesi Parlimen akan datang untuk menjadikan menggalakkan kebencian agama sebagai kesalahan jenayah,” katanya selepas ceramah di Kantan Permai, Semenyih malam tadi.

Mujahid berkata pindaan itu akan dibawa ke Parlimen pada yang akan bersidang pada 11 Mac hingga 11 April depan.

Mujahid yang juga naib presiden Amanah memberitahu wartawan yang tidak akan undang-undang baharu akan digubal, tetapi pindaan akan dilakukan ke atas Kanun Keseksaan.

“Kami mahu menjadikan ia sangat jelas yang menggalakkan kebencian agama boleh dihukum undang-undang, sama ada menghina Islam atau agama lain.”

Tambahnya lagi, beliau juga sudah memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk bertindak kepada pengguna internet yang menghina Islam.

Dalam kejadian terbaru, seorang lelaki berusia 68 tahun ditahan di rumahnya di Temerloh dua malam lepas kerana didakwa menghina Nabi Muhammad di akaun Facebooknya.

Menggunakan nama “Foo Sing Wai”, lelaki tersebut memuatnaik gambar bogel “Nabi dan Aishah”.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan penganut Islam dan ramai membuat laporan polis dan SKMM. – 20 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen