MANA-mana ketua yang berbohong terhadap ahli dalam kepimpinan PAS perlu dilucutkan jawatan, kata Naib Presiden Amanah Husam Musa.
Bekas pemimpin pasti Islam itu yang kini bersama Amanah berkata demikian berhubung pengakuan Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menafikan rakaman audio mengenai PAS menerima dana daripada Umno.
Husam berkata, Nik Abduh juga perlu menamakan pemimpin parti lain yang menerima wang itu.
“Ia jelas menyatakan Nik Abduh mendapat persetujuan pemimpin parti itu untuk menafikan rakaman.
“Anggota parti dan akar umbi perlu meminta kepimpinan parti meletak jawatan kerana mereka dibohongi.
“Nik Abduh perlu beritahu orang ramai berapa wang yang dia terima daripada Umno dan apa yang digunakan,” katanya.
Nik Abduh juga harus menyatakan secara terbuka siapa lagi selain yang mengambil wang itu.
Dalam rakaman berkenaan Nik Abduh mengatakan ada pemimpin PAS lain yang mengambil wang berkenaan.
Husam merupakan bekas naib presiden PAS dan dipecat dari parti pada 2016 selepas mengkritik kepimpinan parti.
Dia kemudian menyertai Amanah.
Husam menaikkan tuduhan PAS menerima dana daripada Umno pada 2017 tetapi dia dituduh memfitnah.
Dakwaan yang sama mengenai PAS menerima RM90 juta daripada Umno pertama kali dilaporkan di Sarawak Report pada 2016.
“Saya kemukakan perkara ini sejak lama tetapi mereka (PAS) tuduh saya memfitnah. Sekarang dah jadi kenyataan dan betul,” katanya.
Semalam, Nik Abduh menerusi muat naik kenyataannya di Facebook mengatakan dia mahu membersihkan salah faham mengenai rakaman itu tetapi pemimpin PAS termasuk presiden Abdul Hadi Awang menyuruhnya menafikan semua kenyataan.
Sehingga semalam, Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Bachok itu berulang kali menafikan rakaman berkenaan.
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata kemasukan Nik Abduh menunjukkan sejauh mana hubungan antara pemimpin PAS dan Umno.
Kedua-dua pihak menjadi musuh tradisional apabila bersaing untuk meraih undi Melayu-Islam dalam pilihan raya.
Mahfuz berkata, Hadi memberikan keizinan kepada Nik Abduh untuk berbohong kerana mereka takut ahli lain akan terus bertanya dan memberontak.
Hubungan dengan CIA
Mahfuz bagaimanapun merasakan kemasukan Nik Abduh yang ada kaitan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat lebih teruk.
“Pada pendapat saya hubungannya dengan CIA lebih jijik daripada hubungannya dengan Umno.
“Seorang pemimpin dalam parti Islam tidak sepatutnya berkonsultasi dengan CIA. Dia mungkin boleh membocorkan rahsia negara sehingga menjadi punca untuk mereka melawan negara kita,” katanya.
Dalam rakaman audio itu Nik Abduh berkata dia ada bercakap dengan CIA yang selalu menghubunginya.
Amanah semalam membuat laporan polis terhadap Nik Abduh dan meminta penyiasatan dilakukan berhubung hubungan pemimpin PAS dengan CIA. – 15 Februari, 2019.
Komen