Aktivis Islam bantah teater didakwa berbaur lucah 


Looi Sue-Chern

SEKUMPULAN aktivis daripada kumpulan Jaringan Muslimin Pulau Pinang mengadakan bantahan di luar Stage 2 Penangpac di Straits Quay yang berlangsungnya pementasan Love in Georgetown City malam ini. 

Pementasan kontroversi itu, arahan pengarah dan penulisnya Fa Abdul, yang pada asalnya bertajuk Sex in Georgetown City, yang mencetuskan kritikan di media sosial. 

Pengerusi kumpulan NGO itu Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyelar produksi, pementasannya dan teater, mendakwa mereka mempunyai agenda tersembunyi. 

“Seni mereka menyasarkan untuk tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama negeri. 

“Sebelum ini, Penangpac juga mahu menayangkan filem gay yang dianggap sebagai seni,” katanya di luar teater itu. 

Beliau berkata, Penangpac sepatutnya ditutup, namun mendakwa ada individu tertentu yang melindunginya. 

Hafiz juga mendakwa produksi dan teater itu mempromosikan seks bebas dan gaya hidup LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) melalui seni mereka. 

Katanya, Fa dengan sukarela menjadi penyokong untuk seks luar tabii, yang lazimnya di barat. 

Menurutnya, Fa pada asalnya menamakan pementasan itu Sex in Georgetown City untuk membangkitkan kemarahan orang Islam. 

Hafiz berkata mereka turut membuat laporan polis berhubung pementasan itu. 

Turut hadir Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah.

Anggota polis cawangan khas berpakaian preman turut memantau bantahan itu. 

Sementara itu, pengurus publisiti Penangpac Alexander Ooi berkata dakwaan kumpulan itu tidak benar dan sudah pun memberi penjelasan mengenai pementasan itu. 

Terdahulu minggu ini, Fa berkata, beliau tidak pernah berniat untuk menghina agama atau sensitiviti budaya menerusi pementasannya yang dibuat bagi mendidik masyarakat umum mengenai isu sosial menerusi hiburan.

Katanya persembahan itu mengetengahkan isu sosial seperti hubungan antara budaya, perkauman, pedofilia dan kafir. 

“Mereka tidak menyimpang atau eksploitatif, sebaliknya mereka mencerminkan cabaran dan budaya kita,” katanya.
 
Tiket persembahan hari ini habis dijual begitu juga persembahan esok. Pementasan itu akan berlangsung sehingga Ahad. – 14 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Siapa suruh you orang pergi tonton? Ini bukan negara Taliban.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Gerard Lourdesamy · Ulasan